Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 9, 2013

One Comment
Insiden Lahad Datu: Polis Terima 205 Laporan Terhadap Tian Chua


Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.
“Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.
Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. – BERNAMA

1 comments:

  1. Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan nak di siasat.
    Kelakar. Benda seremeh ni nak diambil tindakan. Tapi apa cakap TC ada betul.
    Puncanya ialah UMNO/BN. Dia orang yang bagi hampir 1 juta PATI IC untuk undi UMNO/BN. Nak kekal kuasa konon.
    Contoh yang mendapat kerakyatan. Rujuk:
    http://www.theborneopost.com/2013/02/22/another-sultan-disputes-armed-groups-ancestral-land-claim/
    http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=6162:datu
    Bukannya PATI tu nak sokang M'sia. Mereka cuma nak kerakyatan, hati dia orang kat negara asal. Kan dah kacau bilau.
    Ni MNLF dah kata nak support Kesultanan Sulu. Sekarang senyaplah dulu, nanti tengok apa jadi. Ingat, hampir 900 ribu orang Filipina yang mempunyai IC ada di Sabah. Siapa dia orang sokong?

    ReplyDelete