Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 23, 2013

No Comment

Pelacur Bawah Umur Di Lahad Datu
Pelacur Bawah Umur Di Lahad Datu - SEKALI imbas bandar Lahad Datu di Sabah ini tiada beza dengan bandar-bandar lain.
Ia tenang dan aman cuma agak sunyi bila menjelang malam.
Apatah lagi bila berlakunya kejadian pencerobohan pengganas Sulu di sekitar kawasan Felda Sahabat.
Walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu agak jauh, iaitu kira-kira 130 kilometer, namun kebimbangan penduduk di bandar itu tetap ada.
Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.
Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.
Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.
Walaupun jumlah penjualnya dikatakan turun secara mendadak, namun ada yang ‘buat bodoh’, mungkin kerana itu punca utama rezeki mereka.
Tetapi yang paling mengejutkan, kami menemui sekumpulan pondan dan gadis bawah umur di celah-celah bandar kecil itu.
Pada mulanya kami menyangka mereka mungkin remaja yang hanya bersiar-siar mengambil angin malam, tetapi jangkaan kami meleset.
Mereka bukan mengambil angin malam, tetapi sebenarnya KUPU-KUPU MALAM!
Nina ketika dihampiri mengaku baru berusia 15 tahun tetapi hanya bersekolah sehingga darjah enam saja.
” Ibu bapaku orang susah bah, aku ndak mau terus nyusahkan mereka…lalu aku di lorong aja,” katanya selamba.
Nina menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM150 untuk ‘jangka pendek’ dan sanggup bermalam jika mahu bayar lebih.
Ketika ditanya tidak dia berasa risau dengan kehadiran anggota keselamatan yang ramai ketika ini, Nina hanya terdiam.
Katanya, semuanya kerana desakan hidup dan dia terpaksa mengambil risiko itu.
” Kalau nampak mereka (polis) kami larilah bah, ini pun curik-curik keluar, sebab itu aku hanya berdua dengan temanku ini, kalau ada, adalah…kalau tiada yang mau ngambil kami, kami berdua jalan-jalan makan angin saja bah, makan angin takkan kena tangkap kan?,” katanya sambil tersenyum. – xlupa.com

0 comments:

Post a Comment