Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 1, 2013

2 comments

[Video] Pramugari Menari Dikecam
[Video] Pramugari ‘Menari’ Dikecam - MANILA: Rakaman video pramugari menari tarian pop ketika menyampaikan arahan keselamatan penerangan kepada penumpang dalam sebuah pesawat serantau mencetuskan kebimbangan daripada sebuah kesatuan sekerja bagi atendan penerbangan.
Filem pendek tarian oleh pramugari penerbangan Cebu Pacific itu dimuat turun dalam YouTube. Pada masa ini ia menjadi popular, tetapi kenyataan dikeluarkan Persatuan Pramugari dan Atendan Penerbangan Filipina (FASAP) berkata, mereka benar-benar terganggu dengan klip terbabit, selain boleh menjejaskan imej pramugari Filipina.
FASAP berkata, tindakan pramugari yang menari terbabit pastinya akan memberikan kesan negatif di kalangan masyarakat awam berikutan sejak sekian lama ada tanggapan negatif yang menganggap pelayan pesawat sebagai penghibur.
Cebu Pacific memperkenalkan gimik itu pada 30 September lalu, pada masa sama, FASAP berhadapan dengan pertikaian buruh dengan pengurusan PAL berikutan beberapa isu, termasuk berkaitan jantina.
FASAP mahukan PAL meningkatkan imej pramugari bagi mengelakkan mereka hanya dilihat sebagai objek seks dan pelayan koktail.
“Masalah ini membawa kita ke 50-an dan 60-an dengan pramugari diminta memakai seluar pendek dan skirt untuk menarik penumpang lelaki,” kata FASAP. – Agensi

2 comments:

  1. arahan keselamatan tak akan bosan even most of it sama ja dlm memana syarikat penerbangan...

    ReplyDelete
  2. pastinya yang membantah hal ini adalah golongan2 tua yang hanya duduk di pejabat dan sudah tidak bermaya untuk ke mana2.

    ReplyDelete