Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 19, 2013

No Comment



GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan orang ramai menutup telinga semasa sebutir bom buatan sendiri meletup semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di Boston.- AP


BOSTON - Para penyiasat Amerika Syarikat kelmarin berjaya mengesan seorang suspek yang mungkin meletakkan sebutir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Imej itu dirakamkan menerusi sebuah kamera keselamatan. Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang kepada agensi berita AFP, terdapat imej seorang individu dalam rakaman itu yang meletakkan bom itu.
 The FBI said on Thursday that it has identified two suspects in the Boston Marathon bombing and is asking the public for help in identifying the two men.
 Suspect?
 
Beliau berkata, para penyiasat kini berusaha untuk mengenal pasti identiti individu itu. AkhbarBoston Globe melaporkan, imej suspek berkenaan yang dirakamkan itu menunjukkan dia meletakkan bom tersebut.
 

Beberapa media lain menyatakan, terdapat imej yang menunjukkan suspek tersebut berlari manakala sejumlah orang lain terjatuh semasa letupan itu berlaku. Dua butir bom meletup dekat garisan penamat dalam kejadian yang menyebabkan tiga orang mati dan 180 lagi cedera. - Agensi

0 comments:

Post a Comment