Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 24, 2013

12 comments
bom2


IPOH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi supaya menyerah diri dengan segera.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengganggu proses pilihan raya dan cubaan menakutkan orang ramai yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di negara ini.
Katanya, siasatan awal Unit Letupan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan letupan itu disebabkan bahan letupan buatan sendiri yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah, dipercayai bermotif khianat terancang.
“Individu berkenaan lebih baik serah diri sebelum kita tangkap, jangan gusarkan keamanan negara walaupun apa motif yang dirancang, bukan begitu caranya.
“Hanya seorang mangsa mengalami kecederaan kecil, tetapi letupan itu dibuat untuk merosakkan dan mungkin membunuh,” katanya pada sidang media diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri sempena lawatan pemantauan persiapan pilihan raya polis Perak, di sini hari ini.
Tan Sri Ismail Omar
Justeru, Ismail berkata pihak polis di seluruh negara sudah diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan di setiap lokasi ceramah bagi mengelak kes ulangan.
“Ini adalah faktor utama semua parti politik diminta untuk mendapatkan permit polis bagi memudahkan pemantauan keselamatan lokasi sebelum ceramah dimulakan,” katanya.
Ismail juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak polis akan menggunakan semua elemen dalam pasukan polis bagi menahan suspek yang jika disabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam tadi, satu letupan berlaku berpunca daripada alat letupan rekaan (IED) yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah.
Siasatan lanjut pihak polis menemui dua IED sebesar kotak rokok yang ditetapkan masa berbeza untuk menghasilkan dua kali letupan dalam longgokan sampah hingga mengakibatkan seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan itu.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.
537881_573158219385008_786070415_n
bilik gerakan bn di bom
20130424nibong
bilik gerakan bn di bom 2

12 comments:

  1. pembangkang mmang mengamalkan politik kotr
    itu tok2 guru dieorg aja
    P.A.S = parti ajaran sesat

    ReplyDelete
  2. Bukan orang lain puak2 BN buat, ni lah perangai puak2 P.kecin.R hamPAS... dah sesat mana nak ngaku...sokongan pada BN bertambah ramai two yg dengki.

    ReplyDelete
  3. Tak percaya.
    Entah-entah puak UMNO/BN yang sengaja buat kerja konspirasi ni. Bom tu kecik - yang kena cuma cedera ringan makna letupan macam mercun aje. Cuma buat gempar dan boleh tuduh PR. Bukan semua orang tak tahu, memang puak UMNO/BN pakar bikin fitnah. Ni pun polis kecoh bagai nak gila.
    Kalau pengacau UMNO/BN buat rusuhan diceramah PR sampai ramai cedera, polis buat bodoh aje. Kan nyata polis memang boneka UMNO/BN.
    Tetap sokong PR. ABU.

    ReplyDelete
  4. pihak polis mnjumpai bom yg kdua yg lbih besar yg boleh mnyebabkn kematian
    afgani ckgu sekolah bekas ahli pas mengaku bahawa pas ada mempelajari cara2 mmbuat bom brtujuan mmbunuh Dr Mahathir
    mase tu bru thun 90-an
    klau skrg thun 2013 buat bom tu bkan msalah besar untuk parti ajaran sesat
    smua org da tahu ape jwpan pmbangkng 'ini sndiwara umno'
    da xde modal lain da pmbangkng ni

    ReplyDelete
  5. Anon 309 bodo la ko. Nak meraih simpati le tu

    ReplyDelete
  6. inila ajaran Parti Ajaran Sesat@Syiah@Syaitan dan pakatan pmbangkang! tangkap dan hapuskan pengganas2 ini

    ReplyDelete
  7. kn da xde modal
    pastu nk maki2 org
    bodo pnye anon 12.27

    ReplyDelete
  8. Woi pundek Umno! Bom mmg mainan korang, xcaya tanya Altantuya haha

    ReplyDelete
  9. Betul tu..kepada pengebom di luar sana, jangan lupa sila serah diri ya di balai berhampiran anda, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Orang nk kalah jer buat kerja mcm ni..
    mcm x biasa main bola.
    Like! Umno pundek

    ReplyDelete
  11. Bodoh punye penyokong parti pembangang (saje salahkan ejaan) PKR, PAS & DAP...pemimpin bangang penyokong lagilah tambah bangang. Semua dibayar utk buat huruhara...nama pun Pakatan Haram so makanlah duit haram.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin UMNO/BN cuba berpegang pada kuasa untuk menyelamat diri dengan apa cara pun. Kenapa penyokong UMNO/BN tak nak bukak mata pada apa yang jelas dan nyata. Tapi kadang-kadang kalau hati dah gelapsusah nak cakap. Dosa depan mata tetap tak nampak.
    Ada ke dalam PR tu pemimpin yang terlibat dengan pembunuhan. Kes pembunuhan Altantuya dah tutup tapi masih banyak persoalan yang masih tak terjawab.
    1) Azilah & Sirul bodyguard khas Najib. Mana boleh balai polis biasa beri arahan ni.
    2) Azilah & Sirul kata ada orang bagi upah. Kenapa polis tak siasat siapa ni.
    3) Rekod kemasukkan Altantuya melalui KLIA hilang. Siapa arahkan untuk padam rekod ni.
    Perjalanan perbicaraan menampakkan ada konspirasi tahap tertinggi yang menimbulkan tandatanya samada PM Najib terlibat secara langsung.
    Dalam perbicaraan kes Altantuya ala koboi, banyak persoalan timbul tapi ditolak tepi. Pihak kehakiman dan polis bersekongkol untuk menutup pekung yang melibatkan PM Najib.
    Rakyat tahu yang kehakiman dan polis hanya boneka UMNO/BN. Dalam PRU13 ni kita ubah kerajaan dan buka balik kes pembunuhan Altantuya. Saya benar-benar nak tahu sebenarnya yang telah berlaku dan siapa dalangnya. Kalau anda pun nak tahu, jom kita undi PR. Atau anda setuju pilih PM yang mungkin pembunuh?

    ReplyDelete