Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment

Gambar hiasan

Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV | Seorang rakan yang menamakan dirinya MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen didalam entry “LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN”, beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012 yang lalu.Naj Mi,Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah… Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

MFZ

Kemudian MFZ telah meninggalkan komen bercerita dan memberi sedikit nasihat diruang komen di dalam entry bertajuk “BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN”,

Assalamualaikum…

Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan “sakit”. Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang mula-mula, “Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?”. Alhamdulillah, he gave me a good respond.

Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts…

Pengajaran dari kisah ini ialah:

1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya…

Sekian dahulu ceritaku.

MFZ

Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen didalam entry “BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG”

Assalamualaikum…Kepada gay-gay sekalian,

1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.

2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama’.

Wallahua’lam.

MFZ

Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,

Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka.

To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

MFZ

Terima kasih MFZ – Naj Mi

0 comments:

Post a Comment