Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 14, 2013

No Comment
OPS DAULAT Bakal Berakhir...Tahniah Pasukan Keselamatan Negara!


Ops Daulat yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara dari digugat anasir-anasir asing.
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak boleh membenarkan keselamatan dan kesejahteraan yang dibina dan dijaga selama 56 tahun digugat oleh pihak luar.
Ops Daulat telah dilancarkan pada jam 7 pagi 8 Mac 2013 yang lepas apabila pasukan keselamatan negara telah menggempur pengganas-pengganas bersenjata yang enggan meninggalkan Sabah setelah diberikan peluang selama tiga minggu untuk berbuat demikian.
Setakat kini seramai 181 orang individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sejak Ops Daulat dilancarkan, manakala 334 individu ditahan atas pelbagai kesalahan lain.
Jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.
Dan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Ops Daulat akan berakhir, tetapi tindakan polis dan tentera bagi menghapuskan pengganas dan tali barut mereka akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Apapun ucapan tahniah MESTI kita ucapkan kepada semua yang terlibat termasuk pasukan keselamatan kita kerana sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini.
Ternyata pengorbanan mereka tidak dapat dinilai walau dengan balasan emas dan permata.
Darah dan keringat mereka yang tumpah di bumi bertuah ini akan tercatit kemas dalam sejarah negara.
Terimalah puisi karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang dari kami di Mynewshub.my

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
~ Usman Awang

0 comments:

Post a Comment