Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 18, 2013

No Comment
VIDEO: Wanita Mangsa Kecurian Belasah Peragut Beg Duitnya


KEJADIAN ragut memang membuatkan orang ramai marah dan sakit hati, apatah lagi bila mangsa bukan saja kehilangan barang berharga, tetapi cedera dan maut disebabkan perbuatan penjenayah itu.
Sebab itu, seringkali apabila suspek berjaya diberkas orang ramai, dia pasti akan menjadi ‘lauk’ dan dihidangkan dengan penerajang serta penumbuk!
Video ini memperlihatkan bagaimana seorang peragut berjaya diberkas di Kemaman, Terengganu.
Kerana terlalu marah dengan perbuatannya, orang ramai memukul suspek…tak ketinggalan mangsa sendiri!
Cuma ingin diingatkan, kita sebagai orang awam boleh menahan si peragut itu tetapi janganlah memukul mangsa kerana ia menyalahi undang-undang.
Tangkap dan serah saja pada pihak polis, biarlah mahkamah yang menentukan hukuman yang patut dijatuhkan.
Tetapi kalau nak ‘bedal’ juga, apa boleh buat!

0 comments:

Post a Comment