Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 20, 2013

No Comment
2 Mayat Terapung


GEORGETOWN – Polis menemui dua mayat lelaki, kedua-duanya tanpa dokumen diri, terapung di tengah laut dalam dua kejadian di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mayat pertama ditemui sekumpulan pemancing di Padang Kota Lama, pada jam 10.45 pagi tadi.
Mereka kemudian menghubungi polis dan mayat lelaki tidak berbaju serta berkulit gelap itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita, di sini.
Menurutnya hasil bedah siasat tidak menemui unsur jenayah pada badan mangsa dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.
Gan berkata, pada jam 1 petang tadi polis menemui satu lagi mayat lelaki di Pantai Sinaran Jelutong, kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama.
Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, berkulit kuning langsat dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh pekerja binaan dari kawasan pembinaan berhampiran lokasi kejadian, katanya.
Menurut Gan, mayat itu kemudian dibawa HPP untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa.
Polis meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga hadir ke HPP untuk proses pengecaman mayat atau ke balai polis berdekatan untuk maklumat lanjut, katanya. – BERNAMA
*Foto Ihsan Guang Ming Daily

0 comments:

Post a Comment