Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 26, 2013

No Comment
Bom Hari Wesak

HAT YAI- Lima anggota tentera terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan bom tepi jalan di selatan Thailand semalam.
Seorang pegawai polis, Kolonel Jeera Setdao-ngerntrakul berkata, gerila-gerila pemisah meletupkan bom tersebut di daerah Saiburi, dalam wilayah Pattani.
Menurutnya, bom itu meletup semasa sebuah trak pikap yang membawa enam askar Thai melalui kawasan tersebut.
Kata Jeera, ketika kejadian, anggota-anggota tentera itu dalam perjalanan membantu pasukan keselamatan mengawal keselamatan sekumpulan penganut Buddha untuk mengunjungi sebuah wat sempena sambutan Hari Wesak.
Bom buatan sendiri itu ditanam di bawah permukaan jalan dengan suis peledak disembunyikan dalam semak berhampiran.
Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand yang mempunyai majoriti penduduk Islam sejak penentangan orang Islam tercetus pada 2004.
Serangan di selatan negara itu berlaku hampir setiap hari walaupun kerajaan berusaha untuk berunding dengan kumpulan-kumpulan pemisah baru-baru ini. – Agensi

0 comments:

Post a Comment