Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 29, 2013

No Comment
Bom Tangan

BUTTERWORTH – Sebutir bom tangan ditemui di depan sebuah kelab di Jalan Raja Uda di sini hari ini. Bom itu digolekkan seorang lelaki yang memakai topi keledar penuh pada 5.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, ketika kejadian, tiada pengunjung di kelab itu yang menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan termasuk permainan snuker serta kolam renang.
“Menurut seorang daripada pengawal keselamatan kelab berkenaan, lelaki yang memakai topi keledar penuh itu datang ke arah mereka sebelum menggolekkan sesuatu ke arah pintu masuk kelab terbabit dan melarikan diri.
“Mereka cuba memeriksa benda yang digolek itu dan mendapati ia seperti bom tangan sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Rahman berkata, polis menutup kawasan sekitar kelab itu ketika Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan.
Bom yang dipercayai buatan sendiri itu dialih pada 8.30 pagi.
Beliau berkata sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis kini sedang memeriksa kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, katanya.
Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1957. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment