Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 26, 2013

No Comment
Panik Jumpa ‘Bom’ Bawah Kereta

BANTING – Seorang lelaki terkejut melihat objek menyerupai bom buatan sendiri di bawah ekzos kereta Honda Civic miliknya di rumahnya di Taman Delima, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berumur 35 tahun itu terlihat objek ganjil itu ketika pulang dari kerja.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mangsa segera menghubungi polis berikutan bimbang objek berkenaan berbahaya dan mungkin meletup.
“Unit Pemusnah Bom (UPB) yang turut dikejarkan ke rumah berkenaan berjaya meleraikan objek seperti tin minuman air menyerupai mercun itu,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.
“Polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti siapa dalang yang meletakan objek tersebut di bawah kenderaan mangsa,” katanya. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment