Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 29, 2013

No Comment
Peluru berpandu AS ragut 4 nyawa di Pakistan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah bergolak barat laut Pakistan, Waziristan Utara, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Serangan berlaku awal pagi tadi apabila sebuah pesawat tanpa pemandu AS melancarkan dua peluru berpandu di sebuah kediaman yang disyaki tempat persembunyian kumpulan militan di kawasan Chasma Poll, Miranshah iaitu sebuah bandar utama di Waziristan Utara yang bersempadan dengan Afghanistan.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Ia adalah serangan peluru berpandu ke-13 yang dilancarkan ke atas Pakistan tahun ini. Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dalam serangan di negara itu sejak awal tahun ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment