Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 21, 2013

No Comment
everest


Lima daripada tujuh pendaki Everest-Felda 2013 dilaporkan berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia yakni Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut pukul 10.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan kepada Mynewshub oleh Penasihat Projek Everest Felda 2013 , Datuk Akmar Hisham Mokhles.
“Alhamdulillah mereka berjaya tiba dengan selamat dan dua pendaki lagi dijangka tiba dalam tempoh setengah jam lagi ke puncak,” katanya.
Kata beliau, dua pendaki yang belum tiba adalah Ketua Pasukan, Siti Hanisah Sharuddin dan seorang jurulatih.
Ekspedisi anjuran Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).
Ekspedisi itu diketuai oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
akmar hisham
Gambar – Akmar Hisham (kiri) memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada peserta Projek Everest Felda 2013 sebelum berlepas ke Nepal di KLIA baru-baru ini.
GAMBAR  Utama – PENDAKI anak Felda (dari kiri) Mohd Asyraf Mohd Halim, Mohd Nasuha Shamsudin, Ketua Pendaki, Siti Hanisah Sharuddin, Myrza Fasha Md Hamyrudin dan Muhammad Hafizudin Ibrahim bersama pendaki sokongan (belakang) bersemangat selepas menerima Jalur Gemilang bagi menghadapi cabaran Ekspedisi Everest Felda 2013 di Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMA

0 comments:

Post a Comment