Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 20, 2013

No Comment
1. 15 Mei 2013,  kakitangan bank,  Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun,  membawa anaknya Maryam  Sofea Mohd  Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu.  Beberapa hari  sebelum  itu   Maryam  mengalami chicken pox.  Bagaimanapun  ground staff Air Asia di LCCT  membenarkan  Maryam  dan semua  ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.  Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat.  Hanya tompokan  hitam masih  kelihatan di seluruh  tubuhnya dan dia  tidak demam.  2. 18 Mei 2013,   kira-kira 20 minit   sebelum pesawat  dijadualkan  berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang  oleh  ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh  menaiki pesawat  syarikat  tambang murah itu,   penerbangan  AK 1455  pada jam 9 malam, waktu Vietnam.     Tompokan kesan chicken pox  dilihat oleh ground satff  berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut  peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.  Mereka diarahkan  oleh  lelaki di bawah untuk  tinggal di Ho Chi Minh  selama 5  hari sebelum dibenarkan  pulang ke Malaysia.    3.  Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri  dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau,  Maryam  selamat untuk  diterbangkan.  Namun,  kenyataan doktor itu  tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang,  beliau berstatus  pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan  masalah timbul.  Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan,  TIADA  doktor   Vietnam  membuat  pemeriksaan terhadap  Maryam  di sekitar pintu 18   lapangan terbang. Hanya jururawat  ditugaskan  mengambil bacaan suhu badan Maryam.  Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan  suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit,  jururawat  warga asing  itu hanya membisu.  Jika benar status kesihatan Maryam  membahayakan penumpang lain,  bagaimanakah  bayi  itu   DIBENARKAN  oleh ground satff  Air Asia di LCCT  untuk menaiki pesawat ke Vietnam  pada 15  Mei tetapi  kemudian  dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?  4.  Hampir  jam 9.30 malam,  Izan dan  Maryam  ditemankan oleh  dua saudara lelaki mereka, Faisal  Mohd Fozzeli dan  Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah)  dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan  HANYA  dihantar ke  terminal  teksi.      Tatkala  itu  mereka  tidak mempunyai  bilik hotel  dan juga kenderaan untuk bergerak  di negara asing terbabit.  Malah sebahagian wang mereka  bawa,  disumbangkan oleh penumpang pelbagai  bangsa  penerbangan  AK 1455.      Bukan  sahaja  Izan dan ahli  keluarga menitiskan airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa hiba dengan situasi  didepani oleh anak beranak  itu.     5.  Ground satff di Vietnam MENDAKWA,  kapten  kapal terbang Air Asia AK 1455  tidak membenarkan  Maryam  menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat,  saya dimaklumkan  oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui  perincian kes  terbabit.  Pihak manakah tidak berkata benar?   6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli  susu  Maryam dan juga pakaian mereka.   Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan  kadar bayaran  USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang  penerbangan AK 1455.  7.   Tiada kakitangan  Air Asia menghubungi Izan  mahupun ahli keluarganya.  8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi  adiknya, pegawai senior  Tourism Malaysia di New York,  Amerika Syarikat, Ahmad Johanis.  Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam,  MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.  Berikutan  bantuan dihulurkan,  Maryam  kemudian  dihantar ke  hospital untuk diperiksa  dan disahkan  sihat oleh  doktor di Victoria  Healthcare Vietnam.     9. Izan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam   semalam  menggunakan  pesawat  MAS.  10. Berikutan kes ini,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri  Tony  Fernandes telah  mengeluarkan  kenyataan di laman Twitter beliau.    Ertinya,  membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka terkontang-kanting  mencari hotel dan kenderaan  pada kira-kira jam 10 malam  di negara asing,   tanpa bantuan ground staff  di lapangan terbang Ho Chi Minh  itu mengikut  buku,  'follow the book'.      Maryam dikendung oleh ibunya, hanya  berusia setahun 2 bulan.  Tanpa susu dan pakaian, mereka terkial-kial  cuba mendapatkan bekalan.   Kejadian  itu juga  berlaku  kerana  Air Asia mengikut buku.   Selain daripada  menjalankan  perniagaan  bertujuan  meraih keuntungan, pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor  kemanusiaan  dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat  Malaysia  lazimnya   berbudi bicara   sewaktu  melaksanakan  sesuatu tindakan.  Tweet   terbabit kemudian  didapati  telah DIPADAMKAN  dan berikut kenyataan Tony  seterusnya.    11. Pada  hemat saya,  Tony  tidak  sepatutnya  tergesa-gesa  mengeluarkan kenyataan di laman sosial.  Beliau  atau  kakitangannya  harus terlebih dahulu  mengambil  inisiatif  cuba menghubungi  Izan  atau   ahli  keluarganya  untuk menyiasat dan mendapatkan  penjelasan terperinci  kedua pihak   berhubung  kejadian berlaku.    12.  Saya dimaklumkan,  Ketua Pegawai Eksekutif  Air Asia,  Aireen  Omar mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku  di Vietnam.  Dalam kenyataan itu,  doktor dikatakan  memeriksa  Maryam d an  bayi  kelainan upaya itu  disahkan  tidak layak, unfit  untuk diterbangkan.  Kamera digital  sentiasa berada di tangan saya sewaktu  berada di lokasi sama.  Satu-satunya individu  hadir di lokasi,  dilihat  sebagai  kakitangan perubatan,  wanita di bawah ini.    Jika  dia doktor,  amat  menghairankan  kerana pegawai  perubatan bertugas di lapangan terbang  antarabangsa itu  tidak  langsung  mampu  berbahasa  Inggeris.   Mungkin doktor di Vietnam  juga  berpakaian  seperti  jururawat  dan  hanya mampu  berkomunikasi  menggunakan  bahasa tempatan  sahaja.  Justeru  tidak hairan  'doktor' terbabit  enggan  menjawab soalan dikemukakan  oleh ahli  keluarga Izan.  Saya  sendiri  menyaksikan  dengan  mata kepala,   wanita itu  cuba  meletakkan jangkasuhu di celah  ketiak  kanan Maryam  sedang dipangku oleh ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana  kurang  berasa selesa,  jangkasuhu  itu  terjatuh dan disambut oleh wanita itu.  Dia kemudian  melakukannnya untuk kali kedua  sebelum  beredar.  Tidakkah  secara profesional,  'doktor' itu  wajar  menjelaskan  status  kesihatan  Maryam kepada  ibunya sebelum  menghilangkan diri?      Molek  jika  Aireen  atau kakitangan  pengurusan Air Asia  mengambil  SEDIKIT  waktu menghubungi  Izan untuk mengesahkan  kenyataan saya.  Bijak juga,  jika  beliau mendapatkan rakaman  televisyen litar tertutup  di pintu 18 di antara  jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam  untuk membuktikan  samada  ground staff  Air Asia di Ho Chi Minh  menyalurkan maklumat tepat atau sebaliknya.   13. Kali terakhir saya  bercakap dengan  Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam. Tiada   kenyataan  dikeluarkan  oleh  wanita itu  mengatakan  wakil  pihak pengurusan  Air Asia menghubungi keluarganya.  14. Kes  ini  turut mendapat  liputan akhbar Utusan Malaysia, klik di sini  dan Agenda Daily, klik di sini.  Berita   juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik di sini.  15. Berikut entri terdahulu saya nukilkan.  1. Ibu dan bayi  sengsara di Vietnam :  Air  Asia usah  lepas  tangan  Klik di sini. 2. MAS membantu  membawa  pulang  penunmpang Air Asia  didakwa bermasalah Klik di sini. 3. Terkini : Kisah Izan dan  Maryam Klik di sini. 4. Adakah  doktor di Vietnam  berpekaian  seperti jururawat? Klik di sini.  16. Terima  kasih kepada semua pembaca  sudi  memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.  17. To Sri Tony Fernandes, instant  denial  wouldn't  stop  Malaysians to talk about this particular  incident.   Please  have  the courtesy  to  investigate  this case  thoroughly for the betterment  of Air Asia  operations in  the  future.  It  is  not  a  sin  for Air Asia  to  contact  Izan  and  the  rest  to  offer your apologies.   The  act of  damage  control  needs to  be  executed.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini Ahad.
Mereka yang maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.
“Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal dan kesemua mangsa mati di tempat kejadian,” kata jurucakap polis trafik.
Beliau berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, kereta Perodua Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang terbabas sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.
Kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.
Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.
Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang. – BERNAMA
ohtidak-kemalangan-mrr2-4
ohtidak-kemalangan-mrr2-2-500x375
ohtidak-kemalangan-mrr2-9

0 comments:

Post a Comment