Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 30, 2013

No Comment


Salam.. 

Tengah sakit-sakit ni .. tok nak citer pengalaman tok..

Anak tok dari kecik sampai ke besar di belajar sekolah cina.. Bila naik tingkatan 1 anak tok bersekolah di sekolah swasta cina SM Pay Fong.. sepanjang enam bulan persekolahan tok di sekolah swasta tok dapati tiada sorang pun budak2 disitu membuli atau menyisihkan anak tok.. mau budaknya atau gurunya... (kena marah dengan guru biasale) senior-senior membantu anak tok .. memang berlainan sama sekali... tapi apakan daya tok terpaksa memberhentikan persekolahan anak tok kat sana kerana masalah kewangan (yuran boleh tahan mahal gak).. 

OOO korang mesti tanya kenapa tak masukkan ke SMK biasa.. tok dah cari kalau masuk ke SMK biasa anak tok tak dapat lagi balajar Bahasa Cina kerana sistem PBS nilah... subjek pend.islam dan b.cina disatukan sekali menyebabkan ketika MP BC diajar pelajar melayu akan beljar Pend.Islam...

Ok berbalik citer tadi... anak tok berhenti masa cuti sekolah aritu... 3 hari lepas tu tok ditelefon oleh salah sorang LPS sekolah menanyakan kenapa anak berhenti sekolah...tok pun citerlah... lepas tu dia tanya kalau sekolah bagi biasiswa nk tak sekolah balik... tok kata nantilah tok fikir dulu... lepas tu tok buat ***** ler tipon pun tidak... lewat 5 hari lepas tu guru besar anak saya di sekolah rendah telefon pujuk tok lagi... tok kata nantilah tok fikirkan... tok diam lagi tak bagi sebarang jawapan..

pada 8 jun tok telefon kali ni Pengerusi LPS telefon kata nak datang rumah... arghh sudah .. apa nak jawab nanti kalau derang datang rumah tok... tapi apakan daya suka tak suka bagilah derang rumah... tu dia kete nala punya besar datang rumah tok.. terjeling-jeling jiran dop pandang orang kaya manalah yang datang rumah tok ni...

so derang nasihatkan tok supaya anak tok belajar kat sana balik.. dia cakap dr.azizan tu dulu pun belajar sana... dalam sesi pujuk memujuk tok cakap bagi masa tok 2 minggu untuk pikirkan ...

yang tok herankan kenapa cina ni beria-ria nak anak tok sekolah disana.. kan bagus kalau budak melayu takder (ni kalau racist)..

kalau anak tok bijaklestari ke takper gak.. ni tak pandai mana pun... 

kalau anak tok hebat sukan takper gak... ni yang heran sunguh.. lagipun anak tok bukan sorang jer pelajar melayu kat situ but why..


akhirnya setelah 2 minggu tok buat keputusan untuk masukkan anak tok ke skolah sana balik.. 

semasa kami berjumpa dengan pengetua bersama Pengerusi dan ahli tertinggi LPS.. pengetua dengan nada serius memberitahu dalam sejarah sekolah ini apabila seseorang pelajar tu telah berhenti sekolah tidak akan dibenarkan diterima masuk balik ke sekolah.. Namun kes anak kami agak special kerana tidak pernah sorang pelajar pun menerima sokongan penuh dari LPS,PIBG,guru-guru dan juga peljar sekolah ini. Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah.. semua orang menyokong... bayangkan kalau mereka racist mahukan mereka terima anak tok.. dari derang tolong bagi biasiswa kat bangsa melayu baik bagi kat bangsa derang lagi baik...walauu bagaimanapun proses memasukkan sekolah ini memakan masa selama seminggu dan Bendhari LPS tak henti-henti membantu tok (sebab tok sedang sakit teruk) tolong sampai masuk. yuran semua derang bayarkan... dan isnin ni anak tok bersekolah di sana balik.. 

Akhir kata doakan anak tok berjaya di sekolah ini.. 


Sumber: CariGold.com

0 comments:

Post a Comment