Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 2, 2013

No Comment
Penyokong Setia JDT, Roshdi Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Penyokong setia pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang koma akibat terjatuh dari tempat duduk di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, meninggal dunia 2.05 pagi tadi.
Berita sedih itu turut dikongsikan di laman sosial Facebook ‘Johor Southern Tigers’.
“Jenazah telah dibawa pulang oleh keluarga dan berada di Masjid Tampoi Indah.”
Allahyarham Roshdi Rasiman sebelum ini dilaporkan koma selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter dari tempat duduk penonton stadium berkenaan.
Juru elektrik itu dipercayai terjatuh ketika hendak membuka bendera pasukan yang dipasang bersama adiknya.
Kejadian menimpa allahyarham  pada jam 10.45 malam, sejurus JDT menewaskan Pahang dalam saingan pertama separuh akhir Piala FA, yang berakhir dengan keputusan 1-0, malam Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob sebelum ini mengesahkan, Roshdi yang mempunyai kecederaan pada kaki dan belakang akibat terjatuh, masih sedar apabila dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun allahyarham dilaporkan koma pada keesokan harinya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment