Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Anak Julie Dahlan

Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, pelakon yang juga anak kepada pengarah, Julie Dahlan kini bergelar isteri kepada adik penyanyi terkenal, Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan sebentar di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi tadi.
Mengimbau detik awal penyatuan hati mereka, Hanny yang popular kerana lakonannya dalam drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur menyatakan dia mengambil masa hampir 6 bulan sebelum menerima kehadiran Shamsul dalam hidupnya kerana tidak mahu silap memilih selepas putus tunang 2 tahun lalu.
Hatinya hanya terbuka selepas melihat kesabaran selain tertarik dengan sikap romatik dan penyayang lelaki berkenaan.
Majlis resepsi pasangan ini yang berkonsep tradisional akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.
Oleh: REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment