Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Heavy Metal

Selalunya apabila kanak-kanak diberi peluang untuk menyanyikan lagu, pastinya mereka akan menyanyikan lagu yang lebih bersifat santai.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga mula dilihat sebagai ikon industri hiburan di perintkat antarabangsa menerusi rancangan-rancagan realiti seperti America’s Got Talent.
Program seperti itu telah berjaya mencungkil bakat terpendam terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tetapi kali ini lain pula jadinya.
Pasangan adik beradik, Aaralyn, 6, dan abangnya, Izzy, 9 telah memukau perhatian penonton dengan lagu ciptaan mereka sendiri.
Dengan berani, Aaralyn telah menyanyikan lagu bertajuk ‘Zombie Skin’ yang bergenre ‘heavy metal’.
Bukan hanya penonton, malah para juri juga terkejut dengan persembahan luar biasa seorang gadis kecil yang mampu membawa lagu heavy metal itu.
Para juri mempersoal kewibawaan serta kebolehan Aaralyn untuk menyanyikan lagu bergenre heavy metal.
Uji bakat tersebut telah berjaya membawa mereka berdua ke peringkat seterusnya.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment