Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 2, 2013

No Comment
GAMBAR: Ngeri...Pemandu Forklift Mati Dihempap Kontena Di Port Kelang

Pelabuhan Klang – Seorang warga Myanmar yang memandu kenderaan pengangkut barang (forklift) maut selepas dihempap kontena dibawa sebuah kren di stor penyimpanan kontena di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.
Namun, pemandu kren yang membawa kontena berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian. beberapa minit kemudian.
Menurutnya, pihaknya sukar mengangkat kontena yang menghempap mangsa berikutan melebihi had berat yang mampu ditampung jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba terpaksa menggunakan kren pihak swasta untuk mengangkat kontena sebelum besi forklift yang menghempap mangsa dapat dipotong.
“Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi yang menghempap mangsa sebelum mengeluarkannya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala kerana dihempap besi,” katanya. kepada Metro Ahad, semalam.
Ahmad Zaidi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dan pemandu kren berkenaan menyiapkan kerja memunggah sebelum kren membawa kontena itu tiba-tiba membrek secara mengejut menyebabkan kontena dibawanya berayun dan jatuh lalu menghempap forklift dipandu mangsa yang kebetulan berada di depannya.
Muatan kontena yang berat menghempap bumbung forklift menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
Operasi mengeluarkan mangsa tamat sepenuhnya jam 7.05 pagi dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. (Harian Metro/ Gambar Jbt Bomba)
972280_10151445615576762_1079149011_n
972280_10151445615586762_1545039386_n

GAMBAR: Ngeri...Pemandu Forklift Mati Dihempap Kontena Di Port Kelang

0 comments:

Post a Comment