Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 30, 2013

No Comment
Hilang Selepas Beritahu 'Mahu Pulang'

Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk menemui semula anak perempuannya, Kareen Kaur, 35, yang hilang sejak Jumaat, 28 Jun lalu.
Kali terakhir berjaya dihubungi, Kareen memberitahu ibu saudaranya dia berada di Johor Bahru dan ‘mahu pulang ke rumah’. Selepas itu, panggilan telefon yang dibuat tidak lagi berjawab.
Kali terakhir dilihat, Kareen memakai baju berwarna oren dan seluar hitam serta menggalas beg sandang belakang.
Dia memerlukan ubat tertentu yang mesti diambil setiap hari namun dipercayai rutin itu tidak lagi dilakukannya sejak Khamis lepas.
Sesiapa yang melihat Kareen dirayu menghubungi Balai Polis Larkin di talian 07-2247222 atau Balai Polis Kluang (07-7722222). No kes: KLUANG/007961/13.
Atau boleh juga hubungi Pegawai Polis Singapura Muhd Hilmi Bin Abdul Khalid (Rochor NPC 1800-255-0000), Report No : A/20130629/2081.
Memandangkan usaha giat sedang dijalankan keluarganya untuk mencari Kareen di sekitar JB sekarang, sebarang panggilan telefon ke nombor +6012-655 1308 bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan sudah pasti sangat disyukuri mereka.

0 comments:

Post a Comment