Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 30, 2013

No Comment


JITRA – Sebuah telaga buta berusia 100 tahun yang terletak di Kampung Cherok Mokkan, Hosba di sini memakan korban dipercayai yang pertama apabila seorang wanita ditemui mati lemas di dalamnya semalam.
Latifah An, 50, menjadi mangsa telaga yang telah tidak digunakan sekian lama itu setelah dia menghilangkan diri dari rumah kakaknya di kampung berkenaan sejak lima hari lalu.
Mayatnya ditemui oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 56, setelah dia terhidu bau busuk dan disangkanya bangkai dari telaga tersebut yang terletak 10 meter dari rumahnya di kampung yang sama.
Mayat Latifah yang sudah kembung, mengalami bengkak di seluruh tubuh ditemui dalam keadaan terlangkup.
Menurut Siti Rosni, dia terhidu bau busuk seperti bangkai ketika dia sedang membersihkan halaman rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.
“Saya berasa tidak sedap hati dan terus pergi ke telaga itu dan nampak papan penutup telaga telah dialihkan serta ada banyak langau di situ.
“Saya terus menjenguk ke dalam telaga dan nampak sesuatu tetapi tidak jelas kerana cermin mata saya tertinggal di dalam rumah,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. - Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment