Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Kuala Lumpur: Nyawa berada di hujung parang. Itu gambaran situasi genting dialami seorang wanita berusia 30 tahun apabila seorang daripada tiga penjenayah memecahkan cermin kereta Proton Pesona miliknya sebelum menghunuskan parang di lehernya.
Dalam kejadian jam 3.30 petang di depan sebuah bank di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, Selasa lalu, mangsa terpaksa melepaskan beg tangannya yang mengandungi wang RM15,000 kerana bimbang dicederakan.
Tambah memeritkan apabila mangsa yang mengandung tiga bulan itu turut mengalami pendarahan teruk akibat perbuatan kumpulan penjenayah terbabit.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 30, berkata, pada mulanya dia dan suami mengeluarkan wang simpanan mereka di sebuah bank di Setiawangsa, di sini, untuk melunaskan hutang.
Foto
MAYA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

“Saya dan suami kemudian pergi ke sebuah lagi bank di Jalan TAR kerana suami mempunyai urusan di bank berkenaan. Disebabkan tempat letak kereta penuh, suami hanya berhenti di bahu jalan di depan bank dan saya menunggu dalam kenderaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment