Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Obama

PRETORIA – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berlepas dari Sinegal menuju ke Afrika Selatan pada Jumaat untuk melawat ikon antiaparteid Afrika Selatan, Nelson Mandela yang kini nazak.
Obama menghabiskan masa selama tiga hari di Dakar untuk bercakap mengenai demokrasi di Afrika dan melawat Pulau Goree yang menjadi simbol kepada perdagangan hamba.
Ini merupakan pusingan pertama lawatan Obama ke rantau Afrika yang turut melibatkan Tanzania.
“Saya menyifatkan beliau sebagai hero untuk dunia. Sekiranya beliau sudah tiada nanti, satu perkara yang saya fikir semua orang tahu ialah warisan yang ditinggalkannya,” kata Obama.
Obama mengakui bahawa Mandela merupakan inspirasi buatnya untuk terlibat dalam dunia politik. Kedua-dua tokoh itu pernah berjumpa pada tahun 2005 di Washington.
Mandela yang akan menyambut ulang tahun ke-95 pada bulan depan kini dirawat di sebuah hospital di sini kerana mengalami jangkitan paru-paru.
Dalam perkembangan berkaitan, satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh penduduk tempatan kerana membantah kehadiran Obama ke negara tersebut. – Agensi

0 comments:

Post a Comment