Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Wabak Denggi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam (Ops Gempur) secara serentak di seluruh negara dalam tempoh terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, operasi itu bagi menangani situasi global berkaitan kes denggi yang semakin meningkat di Malaysia sejak kebelakangan ini.
“Tujuan utama operasi adalah untuk menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi mencegah dan mengawal kes demam denggi yang semakin meningkat kebelakangan ini.
“Semasa Ops Gempur, anggota Kementerian Kesihatan akan memeriksa pembiakan nyamuk aedes di kediaman dan premis yang terdapat di lokaliti wabak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Subramaniam berkata, pemilik premis yang didapati mempunyai pembiakan nyamuk aedes boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 di bawah Seksyen 25 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Katanya, notis Sekyen 8 di bawah akta yang sama akan dikeluarkan bagi kediaman dan premis yang didapati mempunyai banyak bekas atau takungan berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Beliau bagaimanapun memberitahu penduduk di lokaliti terlibat akan diberi peringatan mengenai Ops Gempur sekurang-kurangnya seminggu sebelum operasi itu dijalankan.
Justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya membersihkan kawasan persekitaran dan memastikan tiada pembiakan aedes di kediaman dan premis masing masing bagi mengelakkan dikenakan tindakan.
Jelas beliau, peranan masyarakat dalam mencegah demam denggi amat penting walaupun dalam keadaan negara dilanda keadaan berjerebu.
“Jika masyarakat alpa akan keadaan ini dan tiada tindakan dilakukan, risiko dijangkiti denggi dan kebarangkalian kematian berlaku adalah tinggi,” katanya lagi. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment