Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Patrice Evra

Patrice Evra sedia untuk meninggalkan Manchester United selepas pengurus baru kelab itu, David Moyes cuba memancing pemain Everton, Leighton Baines.
Evra, 32, tidak mahu dirinya menjadi pilihan kedua untuk posisi bek kiri lantas bersedia untuk kembali ke kelab lamanya, Monaco dengan nilai perpindahan 6 juta pound.
Kelmarin, Moyes kembali ke kelab lamanya, Everton untuk cuba memancing Baines, 28, dengan nilai bidaan sebanyak 12 juta pound tetapi serta merta ditolak Everton yang mahukan nilai 16 juta pound.
Evra menjadi pilihan utama di posisi bek kiri itu sepanjang tujuh musim dia berada di bawah bimbingan Alex Ferguson dan sering menjadi kapten United andai Nemanja Vidic tidak beraksi.
United membeli Evra daripada Monaco pada Januari 2006 dengan harga 5.5 juta pound. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment