Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Ezany

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah menyenaraihitamkan pelakon Ezany Nazariff, 40, daripada membintangi sebarang drama terbitan stesen tersebut.
Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim berkata, pihaknya tidak pernah mengamalkan budaya pemilihan artis mengikut kegemaran seperti dilakukan mana-mana stesen televisyen swasta.
“Itu hanya salah faham dan kami sudah jelaskan kepadanya ketika dia datang bersama Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez awal minggu lalu.
“Dia perlu faham pemilihan pelakon dilakukan berdasarkan kesesuaian watak sesebuah drama. Dalam hal ini mungkin ada pelakon lain yang lebih layak,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis Tayangan Program Istimewa Ramadan, di sini, Jumaat.
Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pelakon tersebut yang dikatakan telah disenaraihitamkan oleh RTM berikutan sebab-sebab tertentu.
Tambahnya, RTM sentiasa membuka peluang kepada artis baharu dan lama tanpa mengambil kira sebarang faktor.
“Kita tidak memilih artis tertentu atau popular untuk drama kita sebaliknya memberi laluan kepada semua artis untuk terus mengembangkan bakat mereka,” ujarnya.
Sementara itu, sempena Ramadan kali ini RTM menyediakan pelbagai program menarik.
Selain mengekalkan program tahunan seperti Syahadah, Selera Rasa dan Program Jelajah Ramadan, pelbagai drama menarik bakal disiarkan sepanjang sebulan.
Antara drama istimewa adalah Ramadan Jangan Ambil Nyawaku, Calon Menantu dan Ilaika Yusuf. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment