Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 26, 2013

No Comment
[Video] Lagi Kejadian Ragut Semalam, Dalam 3 Saat Sahaja!

Sungguh penulis tidak sangka kelajuan dan masa yang diambil oleh peragut dalam klip di bawah.
Ia bermula ketika sebuah kereta mewah berhenti di sebuah lampu isyarat (kalau tak silap di kawasan Damansara), pada masa 1.44 (di klip) dan pada masa 1.47, kedua peragut menaiki motosikal berkenaan sudah memecut melarikan diri.
Penulis rasa peragut berkenaan telah mengikuti kereta berkenaan dari jauh lagi kerana sebaik sampai, peragut terus memecahkan cermin dan membawa lari barangan berharga dari kereta berkenaan.
Ia sudah dirancang dengan teliti oleh peragut berkenaan.
Jadi, nasihat penulis ialah, jangan sesekali meletakan sebarang benda yang berharga di dalam kereta kerana penjenayah akan hanya menunggu peluang sahaja.
Kepekaan dan keinginan kita untuk tidak menjadi mangsa juga sama penting dengan usaha pembanterasan jenayah di negara ini.

0 comments:

Post a Comment