Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 28, 2013

No Comment
Hoji Takahashi

Tokyo – Seorang pesara berusia 71 tahun, Hoji Takahashi menyaman stesen penyiaran NHK sebanyak 1.41 juta yen kerana menyiarkan terlalu banyak program bahasa Inggeris dalam rancangannya.
Hoji berkata, penyiaran bahasa Inggeris dalam program NHK merupakan sesuatu yang tidak masuk akal, kerana mereka sepatutnya menggunakan bahasa Jepun.
Keadaan itu, kata Hoji menyebabkan tekanan emosi kepadanya.
Menurut peguamnya, Mutsuo Miyata, kebimbangan utama Hoji ialah Jepun akan menjadi terlalu kebaratan.
“Terdapat kebimbangan berlaku krisis di mana negara ini akan menjadi salah satu daripada wilayah Amerika,’’ kata Mutsuo.
Kebanyakan rakyat Jepun menggunakan perkataan ‘trouble’, ‘risk’ dan ‘drive’ dalam kehidupan harian mereka.
Namun penduduknya juga menggunakan bahasa lain termasuk Jerman seperti perkataan `arbeit’ dan `pan’ iaitu bahasa Sepanyol.


0 comments:

Post a Comment