Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 30, 2013

No Comment
caturvedi

Wartawan India, Narayan Pargaien yang melaporkan kejadian banjir di wilayah Uttarakhand sambil duduk di atas bahu salah seorang mangsa telah dipecat.
“Apa yang dia lakukan adalah sangat tidak berperikemanusiaan. Anda tidak boleh naik ke belakang seseorang hanya untuk sebuah laporan berita. Kami tamatkan tugas beliau pada hari Selasa,” kata Nishant Chaturvedi, Ketua Saluran News Express.
Tindakan Narayan Pargaien mencetuskan kemarahan selepas klip video berkenaan menjadi viral di internet.
Wartawan itu dalam tindakan mempertahankan dirinya berkata, lelaki yang mengangkatnya itu yang mahu berbuat demikian sebagai tanda hormat.
“Lelaki itu mahu menunjukkan hormat kepada saya kerana ia adalah kali pertama seseorang di tahap saya telah melawat rumahnya,” kata Pargaien dalam satu temu bual kepada laman web media newslaundry.com pada Selasa.
“Dia menawarkan untuk mengendong saya (atas bahu) ketika mahu melintas sebuah sungai… antaranya itu saya terfikir untuk membuat laporan,” katanya.
Chaturvedi berkata, stesen beliau tidak menyiarkan klip itu kerana berpandangan ia satu perbuatan yang “sangat hina”.
“Dia menghantar klip tersebut kepada kami. Kami terkejut melihat dia duduk di atas lelaki yang miskin. Anda perlu menjadi sebahagian daripada rakyat dan tidak naik ke atas mereka,” kata beliau.
Chaturvedi berkata, pihaknya akan menyiasat siapa yang memuat naik klip berkenaan ke YouTube walaupun wartawan terbabit mendakwa ia telah dilakukan oleh jurukamera yang merakam tindakan berkenaan.
Narayan sebelum itu telah dipanggil ke ibu pejabat bagi menjelaskan sebab beliau mengambil rakaman dalam keadaan demikian.
“Dia berkata dia rasa dia boleh berbuat sebegitu. Itu bermakna beliau tidak menggunakan asas pemikiran sebagai manusia,” kata Chaturvedi.
Hampir 1000 orang mati dalam banjir kilat dan tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di negeri Wilayah Uttarakhand yang dikenali juga sebagai “Bumi Para Dewa” dan merupakan tapak suci untuk masyarakat Hindu.
(Petikan: Herald Sun)

0 comments:

Post a Comment