Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

SEMALAM sekitar jam 8 pagi, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd  (SYABAS) mengesan masalah tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Selangor.

Ekoran itu, kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan sekaligus menyebabkan masalah gangguan air di kebanyakan kawasan di Selangor.

Hal ini mendatangkan masalah yang bukan sedikit kepada orang ramai. Bersedia dengan tadahan air memang sedikit sebanyak membantu namun  tidak semua orang mempunyai masa untuk menadah air.

Jadi alternatif yang ada, berkejar ke pasar raya dan kedai runcit untuk membeli air mineral dan air minuman dalam botol.

Kesannya dapat dilihat apabila rak-rak untuk air mineral mulai kosong di kebanyakan pasar raya. Terdapat ramai yang mengeluh apabila tidak sempat membeli kerana stok yang ada sudah licin. Nampaknya masalah bekalan air mendatangkan pula rezeki kepada pengusaha air mineral.

Kini masyarakat sedang menanti dengan tidak sabar masalah ini diselesaikan segera oleh pihak SYABAS. Apatah lagi di musim rumah terbuka seperti sekarang, ia amat menyusahkan tuan rumah.

Itu belum termasuk keluhan para peniaga yang memerlukan sumber air untuk berniaga seperti pengusaha restoran dan salun. -REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment