Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

TIDAK dinafikan, rata-rata kita pasti berasa bangga dan syahdu setiap kali tarikh keramat 31 Ogos muncul.

Sesungguhnya bukan sedikit pengorbanan melibatkan masa, tenaga, wang ringgit, air mata dan darah orang dahulu yang mengalir demi kesenangan kita pada hari ini.

Begitu pun, tidak semua generasi muda dapat menghayati semangat kemerdekaan ini.

Sikap itu dapat dilihat daripada cara sesetengahnya menyambut malam merdeka. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka, malam semalam adalah malam untuk keluar berhibur dan berpesta.

Lihat sajalah tindakan segelintir mereka yang memilih untuk merempit, melakukan aksi bahaya lagi bodoh atas motosikal, sambil ditenggek oleh remaja perempuan yang berpakaian tidak senonoh.

Apa yang menyakitkan hati, apabila mereka melibatkan Jalur Gemilang seperti dilakukan perempuan dalam gambar ini.

Kasihan ibu bapa mereka, tentu tidak sedar yang anak mereka sedang menyambut merdeka dalam keadaan memalukan semalam. Bermula daripada sambutan-sambutan liar beginilah, berita-berita bayi dibuang dalam tong sampah mungkin memenuhi dada media, sembilan bulan akan datang. 
Persoalannya, adakah kita sudah benar-benar meredeka meskipun penjajah sudah balik negeri mereka? -REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment