Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment


SEPERTI biasa pada setiap kali sambutan hari Kemerdekaan negara, paling tidak dilupakan ialah fesyen pengunjung yang diperagakan ketika hadir pada hari perbarisan di Dataran Merdeka pagi ini.

Kali ini, saya menemui dua beradik perempuan yang memperagakan fesyen Jalur Gemilang sebagai tema pakaian mereka menghadiri sambutan kemerdekaan kali ini.

Baju dipakai diserikan dengan bentuk dan warna bendera Jalur Gemilang manakala kain yang dipakai mereka berwarna putih menyerlahkan kecomelan mereka.

Permintaan saya untuk merakamkan imej mereka berdua yang enggan namanya disiarkan ini menyebabkan kedua-duanya tersenyum sambil menunjukkan isyarat 'peace' kepada kamera saya yang merakam imej mereka.

Saya bertemu mereka ketika berjalan kaki ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman sebaik perbarisan selesai.

Selain itu, anggota tentera yang menyertai perbarisan juga berada di sepanjang jalan untuk memberi peluang kepada orang ramai merakamkan imej mereka sebagai kenang-kenangan.

Ia dilihat seperti sengaja dilakukan mungkin bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan anggota tentera, tambahan pula mereka berjuang mempertaruhkan nyawa demi keamanan dan kestabilan tanah air.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment