Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

LABUAN - Iskandar Malaysia telah mewujudkan sejumlah 584,000 peluang pekerjaan, dengan 15 peratus daripada jenis pekerjaan melibatkan tenaga kerja mahir dan profesional, semenjak ia dimulakan pada 2006.
    
Ketua pegawai eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Prof Datuk Ismail Ibrahim berkata peratusan pekerja mahir dan profesional akan meningkat dengan lebih banyak pelabur dalam pelbagai sektor memasuki wilayah ekonomi itu.
    
“Setakat ini, kami bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran dan pertubuhan pendidikan untuk memastikan bekalan pekerja mahir dengan kelayakan yang sesuai," katanya kepada Bernama selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara IRDA dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan pada Khamis
     
Ismail berkata jumlah pelaburan kumulatif semenjak penubuhan Iskandar Malaysia adalah RM118 bilion, yang mana 67 peratus adalah pelaburan tempatan dan selebihnya pelabur asing.
    
Beliau berkata trend ini dijangka pada tahun-tahun awal penubuhannya, tetapi ia semakin meningkat menerusi usaha kolaboratif antara pemegang kepentingan dan komuniti perniagaan, yang mana kemudian terdapat perkembangan pesat dalam menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia.
    
Selain sektor menjana pendapatan tinggi lain, Ismail berkata Iskandar Malaysia juga sedang meninjau sektor pelancongan berkaitan alam sekitar dan berkaitan runcit, hiburan keluarga, kesihatan serta pendidikan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment