Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 29, 2013

No Comment
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR - Perbezaan politik tidak seharusnya menghakis semangat patriotisme dan rasa megah untuk mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata meskipun parti pembangkang di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia semakin ramai menjadi perwakilan, namun apabila tibanya Hari Kebangsaan, rakyat negara itu mengenepikan fahaman politik untuk bersatu padu dan mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

Katanya beliau dukacita dan kesal kerana berdasarkan pemerhatian, semangat dan kesedaran untuk mengibar Jalur Gemilang secara megah di setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta di negara ini dilihat semakin kurang.

"Sekarang bendera (Jalur Gemilang) tidak nampak. Saya berasa sedih. Keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

"Saya pergi ke negara jiran di sebelah selatan. Negara itu sambut Hari Kebangsaan pada 9 Ogos. Kalau masuk negara mereka, dari lapangan terbang sehingga ke bandar, saya lihat bendera negara itu dipasang secara tersusun di pangsapuri dan kondominium," katanya ketika menjadi tetamu program Soal Jawab TV3 malam semalam.

Beliau berkata perkara sama juga dapat dilihat di Indonesia dan Thailand, iaitu apabila tiba masa untuk menunjukkan perasaan cinta dan mempertahankan simbol negara, rakyat negara itu memberi komitmen secara seratus peratus.

"Jangan kata negara Singapura tidak ada pembangkang. Thailand pun ada pembangkang sehingga ada kumpulan 'Red Shirt' dan 'Yellow Shirt', dan berlaku rampasan kuasa tentera.     "Tetapi, pada Hari Kebangsaan, rakyat negara-negara itu semua sayang kepada negara dan raja. Sama juga di Indonesia. Di sini terutamanya di Putrajaya yang mempunyai kuarters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang," katanya.

Ahmad Shabery berkata sesetengah rakyat Malaysia menunggu kerajaan memberi bendera.

"Saya tengok satu blok cuma satu dua unit pasang bendera, dan satu blok langsung tidak ada bendera. Walaupun ramai berkata patriotisme terletak di hati dan bukannya pada bendera, saya rasa bila tiba waktunya, 'ritual' semangat kemerdekaan perlu ada," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment