Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 30, 2013

No Comment

PETALING JAYA -  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air.

Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.

Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Syabar, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan akan bermula bila.

Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel tersebut.

"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang dijalankan.

"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan operasi pembersihan," katanya.

0 comments:

Post a Comment