Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

Filem Psiko Pencuri Hati merupakan karya pertama pengarah dan pelakon, Namron di layar perak kerana sebelum ini dia banyak terlibat dengan naskhah ‘indie’. Jelas Namron, filem psiko thriller ini bersifat peribadi kepadanya.

“60 peratus filem ini ada kena mengena dengan saya kerana saya sendiri ada pengalaman sehingga ingin terjun bangunan, melintas jalan sehingga hampir dilanggar dan banyak lagi. Ada seorang individu yang menasihati saya untuk menzahirkan pengalaman-pengalaman saya ini dalam bentuk karya,” ujar Namron ketika ditemui di majlis pratonton filem Psiko Pencuri Hati di The Curve, Kuala Lumpur, semalam.

Satu keunikkan filem ini ialah setiap pelakon tidak diberikan skrip tetapi mereka sama-sama berlatih babak demi babak yang akhirnya terhasillah skrip untuk mereka. Jelas Namron, dia selesa bekerja dengan barisan pelakon yang dipilih sendiri olehnya.

“Filem ini merangkumi 46 babak yang panjang dan memerlukan kekuatan seseorang pelakon itu sendiri untuk menghidupkan setiap babak.Ini kerana setiap karakter itu mempunyai persoalan yang membuatkan skripnya juga didorong oleh setiap watak,”katanya.

Memulakan penggambaran pada bulan September tahun lepas, Namron mengakui dia sengaja bereksperimen dengan filem berbajet rendah ini bagi menarik minat penonton tempatan menyaksikannya.

“Jika kita tidak berani untuk melakukan eksperimen, maka sampai bila-bila kita tidak akan jumpa penyelesaiannya. Bukan filem syok sendiri namun pendekatan yang diambil ini filem ini adalah bertujuan untuk menarik minat penonton datang ke pawagan untuk menonton filem Psiko ini,” tegas Namron lagi.

Sementara itu, Namron turut mendedahkan asalnya filem ini diberi judul ‘Karma’ oleh penerbit, namun dia mengambil pendekatan untuk mengolah naskhah tersebut. - Gua

0 comments:

Post a Comment