Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

PENDUDUKsebuah pangsapuri di bandar Qinqyuan, Selatan China gelabah apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cuba menyelinap keluar dari rumahnya dengan cara luar biasa. Kanak-kanak lelaki bernama Junjun itu dipercayai berseorangan di rumahnya telah cuba menyelinap keluar menerusi tingkap dari rumah yang berada di tingkat enam. Kejadian itu telah menyebabkan ramai penduduk di kawasan tersebut gempar dan sedaya upaya untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Penduduk di situ bertindak pantas dengan menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Polis yang menerima panggilan terus bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak itu. Nasihat kami kepada ibubapa di luar sana, jangan sesekali biarkan anak-anak anda berseorangan di rumah tanpa sebarang pengawasan. Oleh: HARITS ASYRAF Sumber: BBC



0 comments:

Post a Comment