Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

UPACARA sambutan Kemerdekaan kali ke-56 hari ini lebih menjurus kepada mperarempamerkan keupayaan negara dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 untuk terus kekal selama-lamanya.

Perbarisan menumpukan kepada pengeanalan sektor penting dalam negara berbanding penyertaan banyak agensi swasta dan pertubuan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi kerajaan pada upacara kemerdekaan sebelum ini.

Perbarisan bermula dengan perarakan kereta berhiasa Telekom Malaysia (TM) yang merupakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara.

Ia diikuti oleh Tenaga Nasional Berhad yang juga syarikat utama membekalkan tenaga elektrik ke seluruh penduduk tanah air.

Sektor perbankan turut ditonjolkan dengan bank paling kukuh di Malaysia yang kini berkedudukan ke-13 dunia iaitu Maybank mendahului diikuti Kumpulan CIMB.

Kemudian, satu demi satu keupayaan keselamatan dan ketenteraman negara diperkenalkan bermula dari sukarelawan sehinggalah pasukan paling ampuh dalam mempertahankan iaitu barisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Barisan ATM didahului oleh kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM).

Pada setiap giliran kontinjen diselang-selikan dengan lintas hormat udara aset-aset udara seperti helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM), helikopter Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), helikopter Nuri, pesawat Charlie C-130, pesawat Hawk, FA 18/D Hornet dan pesawat tercanggih di Asia Tenggara kini iaitu Sukhoi 30 MKM.

Formasi "Victory Roll" oleh empat jet pesawat Sukhoi 30MKM di hadapan pentas utama jelas menunjukkan betapa negara tidak berkompromi dengan sebarang anasir luar yang ingin menggugat kedaulatan dengan sebarag tujuan.

Ia sebagai memberi isyarat bahawa negara akan bertindak tegas ke atas musuh selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu menjadi pengajaran dan iktibar kepada seluruh masyarakat Malaysia.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment