Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

PUTRAJAYA  - Senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap akan didedahkan pada Khamis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun beliau berkata hanya nama kumpulan tersebut akan didedahkan.

“Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Radzi Hashim) akan mengumumkannya esok,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Terdahulu pada 26 Ogos lepas Ahmad Zahid berkata pihak kementerian sudah memiliki senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan.

Beliau berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain. – Mstar Online

0 comments:

Post a Comment