Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 30, 2013

No Comment
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad menolak dakwaan kemerosotan mendadak skuad Red Giants dalam kempen Piala Malaysia hingga mendorong jurulatih Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan kelmarin ada kena mengena dengan unsur rasuah.

Sebaliknya beliau percaya aksi hambar naib juara Liga Super Selangor dalam saingan awal kempen Piala Malaysia ketika ini apabila menduduki tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan, disebabkan prestasi buruk pemain.

“Saya yakin prestasi hambar Selangor berpunca daripada pemain sendiri dan bukan rasuah,” katanya.

Tambahnya tidak wajar untuk persatuan membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan pemain dengan gejala tidak sihat itu hanya bersandarkan keputusan perlawanan semata-mata.

MOKTHAR (dua dari kiri) menunjukkan salinan keratan akhbar kepada wartawan.

Katanya FAS tidak mempunyai keupayaan menjalankan siasatan terperinci namun mengalu-alukan maklumat daripada semua pihak untuk disalurkan kepada pihak berwajib sekiranya ada bukti pembabitan pemain dengan gejala mengatur perlawanan.

0 comments:

Post a Comment