Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 30, 2013

No Comment

BERDUYUN gambar-gambar di laman Facebook mendedahkan kesilapan teknikal dalam filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba seperti ternampak unit kamera litar tertutup (CCTV), terpampang badan kereta Proton Iswara, ternampak alat pengesan asap, alat penghawa dingin dan cukai jalan di kereta dimuatnaik oleh pengguna laman sosial.

Banyak juga laman blog puak pembangkang yang menggunakan alasan teknikal ini untuk dijadikan hujah supaya orang ramai tidak hadir ke pawagam menonton filem ini.

Wahai kawan-kawan, mesej dan teknikal ialah dua perkara berbeza.

MESEJ DAN TEKNIKAL DUA PERKARA BERBEZA

Biarpun penerbitan dikatakan penuh masalah teknikal tetapi jika mesejnya jelas, orang ramai akan tetap terkesan daripada filem atau sesuatu penerbitan berkenaan.

Sudah tak modal agaknya, sehingga puak-puak pembangkang terpaksa menghabiskan duit menonton filem berkenaan berkali-kali demi untuk mencari semua kesilapan teknikal Tanda Putera.

Jika niat penonton untuk menghayati susur cerita sejarah konflik 13 Mei 1969 sudah pasti mesejnya akan berjaya difahami dan segala kesilapan teknikal tidak akan disedari langsung dek kerana fokus kepada jalan cerita.

Tetapi jika niat dari awal atau memang sudah diarahkan untuk mencari segala bentuk kesalahan dalam filem itu, pastilah berjaya ditemui itupun bukan mudah untuk dikenalpasti apabila pertama kali menonton filem berkenaan.

KOS PENERBITAN FILEM

Dari segi penerbitan filem untuk menerbitkan filem Epik Sejarah tanpa kesilapan teknikal sesebuah penerbitan perlu mempunyai lokasi yang dibina seakan-akan lokasi sebenar dengan skala sebenar dan ia sudah pasti memakan kos.

Kos penerbitan filem Tanda Putera sahaja sudah mencecah RM4 juta.

Jika hendak menggunakan lokasi sedia ada pun, ia tetap akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi kerana tugas meninjau untuk mencari lokasi yang betul-betul sempurna mungkin untuk memuaskan hati puak-puak pembangkang.

Sekurang-kurangya pengarah seperti Datin Paduka Suhaimi Baba punya inisiatif untuk menerbitkan dan mengarahkan filem bersifat sejarah negarawan yang cukup tandus di negara ini.

Bukannya pengarah tidak ramai, kenapa pengarah yang memungut keuntungan berjuta ringgit hasil penerbitan filem bercorak gangster, jenayah, cinta dan komedi semua tidak punya inisiatif menggunakan keuntungan berlipat kali ganda menerbitkan filem epik sejarah.

Mereka lebih suka fokus kepada genre tertentu seperti jenayah, seram dan ganas dengan niat untuk melipatgandakan keuntungan, dan mengambil kesempatan atas kegemaran berhibur orang Melayu untuk memberi untung kepada mereka.

Jika dilihat pada sebuah artikel di laman blog pembangkang ini jelaslah si penulis dah tak ada kerja lain.


Lihat saja pada ayatnya.

"Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan," menurut penulis blog greenboc.blogspot.com

Kalau nak dikatakan filem yang tak ada merit, tu filem Namewee atau Wee Meng Chee tu semuanya tak ada merit dengan skrip tak berbudi-bahasa dan dialog yang merepek-repek. Itu sahaja jenis hiburan diagung-agungkan puak pembangkang agaknya. 

Itu baru dipanggil merit oleh mereka.



Ini ialah lagu tema filem Kara King arahan Namewee, bila dengar lagu tema sudah tahu mutu dan cara persembahan ala Namewee macam mana, merepek dalam dunianya sendiri. Sudahlah tajuk lagunya "Makan Tahi" agaknya Namewee suka makan tahi.

Kita sudah tahulah sekarang bagaimana rupanya yang digelar merit oleh blogger puak pembangkang dan apa yang dikatakan kualiti oleh mereka.

Dengan itu, kita juga tahu taraf pemikiran kritis mereka di tahap mana dan juga taraf pemikiran budaya mereka di tahap mana.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment