Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR - Seramai 2,666 pelajar baharu Universiti Malaya (UM) akan mula mendaftar bagi Kemasukan Pengajian Sesi 2013/2014 pada 1 September ini.

UM dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 2,558 pelajar terbabit merupakan warga tempatan dan 108 lagi adalah pelajar antarabangsa.

“Pendaftaran membabitkan kesemua 12 Kolej Kediaman UM. Kami mengalu-alukan kehadiran 2,666 mahasiswa baharu ke kampus institusi pendidikan terulung tanah air ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan UM yang diiktiraf sebagai institusi pendidikan tinggi mesra orang kelainan upaya (OKU) akan turut menerima lapan pelajar OKU yang akan ditempatkan di Kolej Kediaman Ketujuh.

UM turut memaklumkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Datuk Prof. Dr. Rohana Yusof akan turun padang menyambut kedatangan pelajar baharu terbabit pada 1 September ini.

0 comments:

Post a Comment