Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 21, 2013

No Comment

Sebuah rakaman video menunjukkan kewujudan sebuah tanah perkuburan ’1 Malaysia’ kini sedang beredar di internet.

Rakaman ini mula tersebar selepas pengirim tidak dikenali menghantarnya kepada laman media ohtidak.com/.

Dalam rakaman tersebut, dapat didengar pemuatnaik video mendakwa tanah perkuburan itu terletak di mukim Tg Agas, Pekan, Pahang.

Perkara ini adalah sesuatu yang agak pelik memandangkan kawasan perkuburan biasanya diasingkan mengikut agama di negara ini. Biarpun ada juga tanah perkuburan berlainan agama yang berdekatan, ia tidak berada dalam pagar yang sama.

Hal ini kerana cara pengurusan jenazah dan kubur adalah berbeza bagi setiap agama. Bagi Islam misalnya, kedudukan kubur mestilah mengadap kiblat.

Bagaimanapun dalam rakaman ini, sebuah kubur Islam didapati berada betul-betul di sebelah jirat Cina dan dalam binaan yang sama. Kubur Kristian juga terletak bersebelahannya.

Meskipun perkataan ’1 Malaysia’ sesuai digunakan untuk menggambarkan kubur yang bercampur aduk ini, ia bukan bermakna ini satu perkara main-main.

Sebaliknya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu untuk memeriksa semula perkara ini kerana ia kurang kena dengan sensitiviti agama.

Atau, mungkinkah juga ada alasan tertentu yang boleh dijelaskan pihak terlibat? -REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment