Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

LONDON – Seramai 186 banduan beragama Islam telah mengemukakan tindakan saman ke atas Kementerian Keadilan Britain kerana menyediakan hidangan babi kepada mereka.

Kes itu difailkan di bawah Artikel 9, Hak Asasi Manusia Konvensyen Eropah, yang memberikan hak dan kebebasan untuk setiap orang dalam beragama.

Mereka mengambil tindakan itu selepas mendapati sosej halal yang disediakan di HMP Sheppey Cluster atau penjara Elmley di Kent mengandungi lima peratus daging babi.

Selain sosej, stik dan pai juga didapati mengandungi kira-kira 60 hingga 100 peratus daging babi.

Ia dikesan mengandungi babi selepas ujian dijalankan ke atas makanan tersebut.

Kes berkenaan dibangkitkan selepas siasatan dijalankan berhubung skandal daging kuda awal tahun ini.

Tindakan saman ini telah membimbangkan kerajaan kerana ia bakal meningkatkan jumlah saman di kalangan banduan di dalam penjara.

Ketika ini terdapat 11,248 banduan beragama Islam di penjara di England dan Wales, meliputi jumlah 13.1 peratus daripada populasi banduan di penjara.

Dua tahun lalu, sebanyak £60 juta telah dibayar kepada banduan sebagai bayaran pampasan susulan beberapa isu di penjara.

Ia turut melibatkan jumlah £16 juta kepada 16,000 banduan.

0 comments:

Post a Comment