Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

DAMATURU – Kumpulan bersenjata militan Boko Haram melepaskan tembakan di sebuah asrama di timur laut Nigeria semalam menyebabkan 40 orang terbunuh.

Semua yang maut adalah pelajar College of Agriculture di bandar Gujba di Negeri Yobe, demikian menurut gebenor wilayah berkenaan dalam satu kenyataan.

Serangan berlaku pada awal pagi oleh kumpulan Boko Haram yang memasuki kawasan kolej sebelum melepaskan tembakan ke arah pelajar dengan kebanyakannya sedang tidur, kata jurucakap tentera di Yobe, Lazarus Eli.

Salamu Ibrahim, pelajar berusia 23di kolej berkenaan berkata, berpuluh lelaki bersenjata melepaskan tembakan liar ke dalam asrama. – AFP

0 comments:

Post a Comment