Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dan empat Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, di sini.

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.

Empat Hakim Mahkamah Rayuan pula ialah Datuk Seri Zakaria Sam, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk Varghese George Varughese.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Istiadat mengangkat sumpah bagi pelantikan itu diadakan di Dewan Singgahsana Kecil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment