Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Sebahagian besar antara kita yang tahu perihal internet dan cara menggunakan komputer pastinya ada sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial Facebook.

Kami menemui satu aplikasi yang ‘cool’ menerusi satu laman dikenali sebagai app.thefacesoffacebook.com yang mengumpulkan semua 1,269,390,803 foto profil yang terdapat dalam laman sosial terkenal dunia itu.

Jumlah besarnya itu adalah kira-kira 1.26 bilion gambar profil melibatkan akaun semua pengguna Facebook dari seluruh dunia.


Apa yang lebih menarik ialah ianya disusun mengikut susunan giliran masa sesuatu akaun itu dicipta di Facebook.

Anda kemudian boleh melihat profil foto anda di bahagian mana di gambar besar itu yang mana foto profil anda hanya kelihatan sebagai satu antara titik pixel sebuah gambar kerana terlalu banyak gambar yang ada di Facebook.

Ianya amat menarik untuk dicuba dan anda boleh berkongsi kedudukan gambar anda dalam turutan gambar profil itu dengan rakan-rakan anda di dalam facebook.

Penulis sudah mencubanya, anda cubalah sendiri dan lihat anda giliran ke berapa di dalam turutan paling banyak ini.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment