Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Sebuah foto yang memaparkan imej majlis pengebumian besar-besaran mangsa kapal Titanic yang karam akibat melanggar bongkah ais pada tahun 1912 kini bakal dilelong dengan harga permulaan RM21,978.

Lelongan itu akan diadakan pada 19 Oktober depan di Devizes, Wilts dan dikendalikan syarikat Henry Aldridge & Son.

Foto itu dirakamkan beberapa hari selepas kejadian malang itu, namun baru ditunjukkan kepada orang awam pada tahun ini

Ia memaparkan wajah sugul insan-insan yang memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dalam sebuah bot besar, Rev Hind sebelum mereka dikebumikan ke dalam laut.

Turut dilihat dalam imej itu ialah dua lelaki sedang menyusun mayat-mayat mangsa.

Foto tersebut turut mendapat perhatian apabila dikatakan ‘berhantu’.

Tidak tahulah ‘hantu’ macam mana yang dimaksudkan, namun sesiapa yang melihat foto ini pasti dapat merasai kesedihan yang dialami pada saat itu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment