Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment
KUCHING – Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga ketua menteri Sarawak dijangka terus menerajui parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu apabila tiada pertandingan untuk semua jawatan tertinggi parti pada Konvensyen PBB bulan depan.

Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem hari ini mengesahkan bahawa semua jawatan utama, termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden kanan dan semua naib presiden, tidak dicabar apabila kira-kira 6,000 perwakilan dan pemerhati hadir pada konvensyen yang dijadual diadakan di sini dari 18 hingga 22 Okt.

“Bagaimanapun, kami jangka berlaku beberapa pertandingan untuk jawatan di peringkat Majlis Tertinggi PBB serta sayap Pemuda dan Wanita parti,” kata Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penerangan dan publisiti Konvensyen PBB ke-13 di sini.

Abdul Taib menerajui PBB sejak 1981, tahun sama beliau memegang jawatan ketua menteri manakala dua timbalan presiden parti kini disandang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu (sayap Pesaka) dan Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (sayap Bumiputra).

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kini memegang jawatan naib presiden kanan manakala Adenan dilantik untuk jawatan sama.

Adenan berkata PBB kini dalam proses menghantar borang pencalonan dan tarikh akhir pencalonan untuk Majlis Tertinggi ialah 14 Okt manakala Pemuda dan Wanita pada 11 Okt.

Beliau berkata satu seminar akan diadakan pada 20 Okt yang akan membincangkan beberapa kertas kerja dan tajuk berkaitan pembangunan fizikal, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan negeri dalam bentuk pencapaian, cabaran dan harapan sejak 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment